Saturday, 10 December 2016

Gerakan Pembaharuan Ching (1901 - 1911)

 
    Kegagalan Pemberontakan Boxer telah menyebabkan kerajaan Manchu mengarahkan pegawai – pegawai  kerajaan mengemukakan cadangan pembaharuan bagi memodenkan China Pada 29 Januari 1901, Maharani Dowager Tzu Hsi mengumuman Gerakan Pembaharuan berteraskan ciri – ciri baik peradaban Barat.. Gabenor Jeneral Liu Kun-i dan Chang Ching tung telah mengemukakan tiga pucuk surat peringatan kepada pihak istana pada bulan Julai 1901. Hasil daripada cadangan yang dikemukakan oleh Liu Kun – i dan Chang Chih – Tung, pelbagai pembaharuan dilaksanakan. Kerajaan Manchu melancarkan gerakan pembaharuan bagi memodenkan China pada tahun 1901. Pembaharan yang dilaksanakan meliputi aspek pendididkan, ketenteraan, perlembagaan, ekonomi, sosial, dan pentadbiran.

Aspek pendidikan

Matlamat pembaharuan dalam bidang pendidikan adalah untuk melatih pegawai – pegawai kerajaan yang lebih cekap.Pada tahun 1904, kerajaan Manchu memperkenalkan sistem pendidikan moden berasaskan model pendidikan Jepun. Sistem pendidikan merangkumi empat tahap, iaitu sekolah reandah, sekolah menengah, sekolah tinggi / maktab dan universiti Peking. Pada tahun 1905, Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kerajaan yang berdasarkan kitab – kitab klasik China dimansuhkan. Sukatan pelajaran moden yang mengandungi sejarah China dan Eropah, sistem krajaan serta ilmu sains dan teknologi Barat diperkenalkan. Pada tahun 1906, kementerian pendidikan ditubuhkan untuk menguruskan pelaksanaan sistem pendidikan di sekolha. Pelajar – pelajar dihantar untuk menuntut di luar negara seperti Jepun , Eropah, dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1873, pejabat percetakan kecil ditubuhkan bagi menerbitkan buku – buku dalam bidang alam sekitar, ekonomi, fizik, kimia dan undang – undang antarabangsa. Perkembangan pesat dalam bidang pendidikan menyebabkan banyak sekolah dan maktab didirikan di China. Maktab – maktab kecil telah dibina di Shanghai, Canton, dan Foochow.Sekolah pelayaran dan membina kapal turut dibina. Biarpun pembaharuan dalam sistem pendidikan telah dilakukan, namun nilai – niai ajaran Confucius tidak diabaikan. Menjelang tahun 1909 – 1910 , terdapat 57 267 buah sekolah di China.

Aspek ketenteraan
 
   Kerajaaan Manchu turut menjalankan pembaharuan dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan sistem pertahanan negara.Kerajaan melantik Yuan Shih – kai untuk melaksanakan pembaharuan dalam bidang ketenteraan. Yuan Shih – Kai mengambil tindakan merombak semula struktur angkatan tentera berdasarkan model angkatan tentera Barat, memperbesarkan dan memodenkan angkatan tentera darat, memperkenalkan senjata moden, dan menubuhkan pasukan tentera kerahan berdasarkan sistem ketenteraan Jerman. Sekolah – sekolah tentera moden ditubuhkan untuk melatih anggota tentera.Kerajaan juga mengkaji pakar – pakar tentera dari Jepun dan Jerman untuk melatih angkatan tentera negara. Pegawai – pegawai tntera dihantar ke luar negara terutamanya Jepun dan Jerman untuk menjalani  latihan. Pada  tahun 1909, seramai 700 pegawai tentera China dihantar ke Jepun untuk menjalani latihan ketenteraan. Pada tahun 1906, Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal ketenteraan. Kementerian Pertahanan telah menrncang untuk menubuhkan Angkatan Tentera Darat Nasional yang mempunyai 36 bahagian.
Aspek Perlembagaan
  
   Selain itu, kerajaan mengambil langkah – langkah bagi memperkenalkan pemerintahan berpelembagaan. Maharani Dowager Tzu Hsi ingin memperkenalkan pemerintahn perlembagaan bagi menyekat penjajahan kuasa asing. Sebuah jawatan kuasa yang terdiri daripada limaorang  anggota di bawah pimpinan Tsai Te ditubuhkan untuk mengkaji perlembagaan negara – negara asing. Anggota jawatankuasa tersebut telah dihantar ke Jepun Britain, Perancis, Belgium, Austria, dan Itali untuk mengkaji perlembagaan negara – negara tersebut.  Pada tahun 1908, kerajaan Manchu meluluskan undang – undang bagi menubuhkan Majlis Perhimpunan Wilayah. Desakan untuk menubuhkan sebuah perlimen dikemukan dalam persidangan tersebut. Hasilnya, sebuah perhimpuanan Nasional yang dianggotai oleh 200 orang ahli telah ditubuhkan.Separuh daripada ahli parlimen Nasional dilantik oleh Majlis Perhimpunan Wilayah. Perhimpunan Nasional telah mengadakan mesyuarat pertama pada 3 Oktober 1910. Pada tahun  1913, hasil desakan Perhimpunanan Nasional, kerajaan Manchu akhirnya menubuhkan sebuah parlimen.

Aspek ekonomi
 
 Di samping itu, kerajaan melaksanakan pembaharuan dalam  bidang ekonomi seperti penubuhan kementerian perdagangan di Peking pada tahun 1903. Kerajaan telah menukarkan nama kementerian tersebut menjadi Kementerian Pertanian , Perindustrian dan Perdagangan. Maktab – maktab teknikal didirikan di wilayah untuk memberi latihan kepada penduduk tempatan dalam bidang perusahaan. Kerajaan memberi galakan kepada pngusaha – pengusaha tempatan menubuhkan kilang – kilang. Antara tahun 1903 hingga 1908, 130 buh kilang didirikan oleh pengusaha tempatan di China.Kerajaan juga menggalakkan penggunaan barangan tempatan. Pada tahun 1905, Yuan Shih- Kai mengadakan satu pameran perindustrian di Tientsin. Sebuah dewan untuk mempromosikan barangan keluaran tempatan telah didirikan di Peking. Bagi melancarkan perdagangan antarabangsa, jawatan Pengawas Perdagangan ditambah. Tugas Pengawas Perdagangan ialah menguruskan soal perdagangan dan menjadi pegawai diplomatik. Atas desakan pihak Barat, sistem pentadbiran kastam diubah mengikut gaya Barat. Kerajaan China melantik orang Barat pertama memegang jawatan sebagai Inspektor Jeneral Kastam. Menjelang tahun 1911, kerajaan telah membina landasan kereta api sepanjang 9600 kilometer.

Aspek sosial
 
   Selanjutnya,kerajaan Manchu juga telah melakukan bebebrapa pembaharuan dalam bidang sosial. Antara pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan Manchu ialah seperti kerajaan menarik balik larangan perkahwinan antara orang Manchu dengan orang China pada tahun 1902. Larangan terhadap amalan menghisap candu dalam kalangan kakitangan kerajaan dan orang awam yang berumur di bawah 60 tahun turut ditarik balik pada tahun 1906. Kerajaan Manchu juga menghapuskan amalan mengikat kaki dalam kalangan wanita Cina.

Aspek pentadbiran

Seterusnya, kerajaan Manchu telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam bidang pentadbiran. Kementerian – kementerian baharu telah ditubuhkan untuk menjalankan pemerintahan secara birokratikdan teratur.Antaranya Kementerian Luar Negeri (1901), Kementerian Polis (1905), Kementerian Angkatan Tentera Darat (19060, dan Kementerian Kewangan (1906).

 
 Pembaharuan yang telah dilaksanakan adalah untuk menguatkan diri bagi menghadapi ancaman imperialisme Barat. Meskipun pelbagai program dilaksanakan, namun gerakan ini tidak mencapai
matamat sebenar. Kegagalan disebabkan oleh masalah kewangan dan tentangan daripada golongan konservatif, dan ketiadaaan pemimpin yang berwibawa. Kelemahan ini menyebabkan China terdedah kepada ancaman imperialisme Jepun dan kuasa Barat.

No comments:

Post a Comment