Faktor
– faktor tercetus gerakan 4 Mei
Gerakan 4 Mei merujuk kepada
demonstrasi yang dilancarkan oelh pelajar – pelajar universiti Peking pada 4
Mei 1919. Gerakan ini merupakan kebangkitan Nasionalisme rakyat Cina terhadap
kegiatan imperialisme yang ditekankan ke atas mereka. Gerakan ini merupakan
sebahagian daripada gerakan intelektual yang berlaku antara rahun 1917 – 1923.
Kemunculan gerakan 4 Mei ini disebabkan oleh perasaan idak puas hati terhadap
keputusan Perjanjian Versailles yang memihak kepada Jepun. Matlamat utama
gerakan ini adalah menyelamatkan China daripada ancaman kuasa – kuasa asing.
Ketidakstabilan
politik
Selepas kerajaan Manchu Berjaya
digulingkan, wujud keadaan politik tidak stabil di China. Perselisihan faham
timbul dalam kalangan pemimpin – pemimpin di China menyebabkakn mereka tidak
dapat membentuk sebuah kerajaan yang kukuh. Tambahan pula, mereka juga gagal
mengatur program – program bagi membangunkan Negara yang mundur. Dalam pada
itu, perselisihan faham antara Presiden Yuan Shih Kai dengan Dr. Sun Yat Sen
memburukkan keadaan politik di China. Kadaan politik semakin meruuncing apabila
muncul zaman kehulubalangan selepas kematian Yuan Shih Kai. Pergolakan
politik menyebabkan rakyat tidak berpuas
hati dan hilang kepercayaan terhadap kerajaan.
Kemunculan
Golongan Saudagar dan Pekerja
Semasa Perang Dunia Pertama
(1914-1918), perusahaan besi dan keluli berkembang pesat di China. Pihak
Berikat memerlukan bekalan besi dan keluli serta kelengkapan
perang.Perkembangna ini menyebabkan permintaan untuk bkalan besi dan keluli
mningkat dan muncul golongan saudagar dan pekerja. Golongan saudagar dan
pekerja tidak berpuas hati dengan pergolakn politik yang berlaku di China.
Keadaan politik yang tidak stabil telah menjejaskan sumber pendapatan saudagar
– saudaar dan golongna pekerja. Selain itu, mereka juga tidak berpuas hati
dengan amalan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai – pegawai
kerajaan. Oleh yang demikian, golongan saudagar dan pekerja melibatkan diri dalm
gerkan tersebut demi menjga kepentingan ekonomi mereka.
Perkembangan
nelektualisme
Kebangkitan intelektualisme
merupakan salah satu factor yang mendorong tercetusnya gerakan 4 Mei. Antara
tahun 1903 hingga 1919, ramai pelajar –pelajar Cina yang menuntut di luar
Negara kmbali ke tanah air. Pelajar – pelajar ini menyedari pelbagai
kepincangan yang berlakau dalam Negara, Mereka mula mengatur langkah untuk
melakukan pembaharuan2 bagi membangunkan Negara mereka. Antara pelajar –
pelajar yang mmainkan peranan dalam kebangkitan intlektualisme di China ialah
Chen Tu hsiu, Tsai Yuan Pei dan Hu shih. Dalam pada itu, Universiti Peking
memainkan peranan sebagai pusat perkembangan intelektual di China. Tenaga
pengajar university tersebut memainkan peranan menyebarkan idea baharu kepada
pelajar – pelajar. Pelajar – pelajar university yang terpengaruh dalam idea
baharu memainkan peranan dalam kebangkitan 4 Mei.
Perkembangan
ideology Karl Marx dan Bolshevik
Ideologi Karl Marx dan Bolshevik
turut memainkan peranan dalam perkembngan Gerkan 4 Mei. Ramai pelajar yang
menuntu di Universiti Peking terdedah kepada ideology Marxism. Ideologi Marxism
berkembng pesat di China selepas kejayaan Revolusi Bolshevik yang tercetus di
Rusia pada tahun 1917. Kakitangan Universiti Peking seperti Chen Tu hsiu, Li
Ta-chao, dan Mao Tze Tung turut terpengaruh dengan ideology Marxism menubuhkan
beberapa buah persatuan untuk meneybarkan ideology tesebut. Antara persatuan
tersebut ialah Persatuan Arus Baharu, Persatuan Majalah Rakyat dan Kesatuan
Pekerja dan Pelajar.
Peristiwa
Luar Negeri
Peristiwa yang berlaku di Negara
asing turut memberi inspirasi kepada golongna nasionalis di China. Antra
peristiwa penting yang memberi kesan mendalam ialah Revolusi Bolshevik yang
berlaku di Rusia pada 1917. Kejayaan Revolusi Bolshevik menggulingkan kerajaan
Tsar dan membentuk sebuah kerajaan yang moden menjadi perangsang kepada
golongan nasionalis di China. Selain itu, revolusi sosial yang tercetus di
Finland, Jerman, Australia dan Hungary turut mempengaruhi pencetusan Gerkan 4
Mai. Peristiwa – peristiwa yang berlaku di luar Negara telah memberi perangsang
kepada rakyat China melancarkan Gerkan 4 Mei.
Pengambilan
Wilayah Shantung oleh Jepun
Peristiwa pengambilan wilayah Shantung oleh
Jepun pada tahun 1915 merupakan salah satu factor yang menyebabkan tercetus
Gerakan 4 Mai. Semasa Perang Dunia Pertama, Jepun bertindak menguasai wilayah
Shantung daripada Jerman. Seterusnya, Jepun menempatkan pasukan tenteranya bagi
mengukuhkan kedudukan di wilayah tersebut. Perjanjian Versailles yang
ditandatangani pada tahun 1919 memutuskan hak – hak Jerman di wilayah Shantung
diserahkan kepada Jepun. Keputusan tersebut mendapat tentangan hebat daripada
orang China sama ada di dlaam atau di luar negeri. Dalam pada itu, peljar –
pelajar Universiti Peking melancarkan demonstrasi besar – besaran di Peking
pada 4 Mei 1919. Mereka menuntut agar hak – hak China di wilayah Shantung
dikembalikan. Di samping itu, mereka juga mendesak suopaya wakil – wakil
kerajaan China tidak menandatangani Perjanjian Versailles.
Tuntutan
21 Perkara
Faktor seterusnya yang menyebabkan tercetus
Gerakan 4 Mei adalah tuntutan 21 perkara yang dikemukan oleh Jepun. Pada 18
Januari 1915, Jepun telah mengemukakan tuntutan tersebut dalam lima kumpulan
kepada China. Antara perkara – perkara yang terkandung dalam tuntutan tersebut
ialah China tidak menyerahkan atau memajak mana – mana wilayahnya kepada kuasa
ketiga, China dikehendaki melantik penasihat – penasihat Jepun dlambidang
kewangan , ketenteraan dan pasukan polis sreta China harus menerima keputusan
yang dicapai oleh Jepun dengan Jerman berhubungbdengan hak – hak Jerman di
wilayah Shantung. Setelah mengadakan rundingan, kerjaan China terpaksa menerima
tuntutan2 tersebut selepas melakukan beberapa pindaan. Namun demikian, golongan
pelajar menolak tuntutan – tuntuatn berkenaan dan menganggap ia sebagai satu
penghinaan kepada Negara. Justeru itu, golongan pelajar menuntut agar kerajaan
China menolak sma sekali 21 tuntutan berkenaan. Mereka mendesak agar kerajaan
China menjatuhkan hukuman terhadap 3 ahli politik proJepun yang
bertanggungjawab bagi penerimaan tuntutan – tuntutan oleh China.
Kesan
– kesan Gerakn 4 Mei
Mempertahankan
kedaulatan Negara
Gerakan
4 Mei yang dilancarkan oleh golongan pelajar memperthankan kedaulatan China
drpd pencerobohan kuasa asing. Ekoran daripada tekanan yang diberikan oleh
golongna pelajar, kerjaan China membuat keputusan untuk menolak Perjanjian
Versailles. Pada masa yang sama, ahli – ahli politik yang bertanggungjawab bagi
penerimaan 21 tuntutan Jepun dipaksa meletakkan jawtan. Jepun bersetuju untuk
menarik diri dr wilayah Shantungdalam Persidangan Washington 1921 – 1922.
Melahirkan
semangat Kebangsaan
-dlm
kalangan rakyat China – Golongan pelajar muncul sbg pejuang bg mempertahankan
kepentingan dan kedaulatan Negara. Golongan pelajar mengadakan demonstrasi dan
memulaukan barang – barang buatan Jepun. Demonstrasi dan pemogokan yang
dilancarkan oleh gologan pelajar mendapt sambutan di selluruh Negara. Pekerja –
pekerja mengadakan demonstrasi secara besar – besaran di Peking, Shanghai
Hankow dan Tientsin. Pemulauan barang – baranng buatan Jepun melahirkan
perasaan dalam kalanganm rakyat China.
Melemahkan
kedudukan Hulubalang-hulubalang
-kedudukan
hulubalang menjadi semakin lemah – malah gol pelajar menyalahkan gol hulubalang
krn gagal mempertahankan kepentingan China dalm Perjnjian Versailles. Kabinet
juga terpaksa dibubarkan ekoran desakn org ramai
Mengukuhkan
kedudukan Kuomintang
-Rakyat
memberikan sokongan kpd Kuomintang yang berjuang untuk menyatukan China. Malah
gerkan 4 Mei membrikan dorongan kpd Dr Sun Yat Sen utk mengukuhkan kuasa di
China. Kuomintang juga Berjaya membentuk kerajaan baharu di Nanking pada tahun
1928.
Kemunculan
Gerakan Kebudayaan Baharu
Gerakn
4 Mei meletakkan asas kpd kemunculan- surat khabar dan majalah memiankan
peranan dalam pembinaan masy China yang Baru. ANtara majalah penting ialah
Aliran Baharu, Pembidas Mingguan dan Pemuda Baharu. Golongan intelektual spt
Chen Tu-hsiu mengkritik masy. Tradisional China yang berteraskan ajaran
Confucius. Gol ini menyokong pembinaan Negara bangsa moden berteraskan sains
dan idea2 Barat.
Perkembangan
Fahaman Komunis
Meletakkan
asas- Fahamn komunis mula bertapak dan mempengaruhi pelajar – pelajar dari pada
Universiti Peking. Perkembangan fahaman komunis dalam kalangan pelajar
terserlah apabila Pertubuhan Pengajian Marxism telah ditubuhkan Univversiti
Peking oleh Li ta Chao pada tahun 1918. Kebanyakkan daripada anggota pertubuhan
terdiri drpada pelajar – pelajar Universiti Peking. Pelajar2 Uni. Peking spt Li
Ta Chao, Chang Kuo Tao, Mao Tse tung dan Chen Tu hsiu memainkan peranan dalam
perkembangan fahaman komunis. Fahaman komunis bertapak kukuh apapbila Parti
Komunis China ditubuhkan oleh Chen TU Hsiu dan Li ta Chao pada tahun 1921.
terima kasih atas perkongsian ilmu
ReplyDeletemembantu 👍
ReplyDelete👍👍👍👍
ReplyDeleteTsugiwa jotaro kisama dah
ReplyDeleteterima kasih atas ilmu tajuk ni target stpm untuk tahun ni
ReplyDeleteIt's very helpful in last minute
ReplyDelete