Saturday, 10 December 2016

Gerakan Pembaharuan Ching (1901 - 1911)

    Kegagalan Pemberontakan Boxer telah menyebabkan kerajaan Manchu mengarahkan pegawai – pegawai  kerajaan mengemukakan cadangan pembaharuan bagi memodenkan China Pada 29 Januari 1901, Maharani Dowager Tzu Hsi mengumuman Gerakan Pembaharuan berteraskan ciri – ciri baik peradaban Barat.. Gabenor Jeneral Liu Kun-i dan Chang Ching tung telah mengemukakan tiga pucuk surat peringatan kepada pihak istana pada bulan Julai 1901. Hasil daripada cadangan yang dikemukakan oleh Liu Kun – i dan Chang Chih – Tung, pelbagai pembaharuan dilaksanakan. Kerajaan Manchu melancarkan gerakan pembaharuan bagi memodenkan China pada tahun 1901. Pembaharan yang dilaksanakan meliputi aspek pendididkan, ketenteraan, perlembagaan, ekonomi, sosial, dan pentadbiran.

Aspek pendidikan

Matlamat pembaharuan dalam bidang pendidikan adalah untuk melatih pegawai – pegawai kerajaan yang lebih cekap.Pada tahun 1904, kerajaan Manchu memperkenalkan sistem pendidikan moden berasaskan model pendidikan Jepun. Sistem pendidikan merangkumi empat tahap, iaitu sekolah reandah, sekolah menengah, sekolah tinggi / maktab dan universiti Peking. Pada tahun 1905, Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kerajaan yang berdasarkan kitab – kitab klasik China dimansuhkan. Sukatan pelajaran moden yang mengandungi sejarah China dan Eropah, sistem krajaan serta ilmu sains dan teknologi Barat diperkenalkan. Pada tahun 1906, kementerian pendidikan ditubuhkan untuk menguruskan pelaksanaan sistem pendidikan di sekolha. Pelajar – pelajar dihantar untuk menuntut di luar negara seperti Jepun , Eropah, dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1873, pejabat percetakan kecil ditubuhkan bagi menerbitkan buku – buku dalam bidang alam sekitar, ekonomi, fizik, kimia dan undang – undang antarabangsa. Perkembangan pesat dalam bidang pendidikan menyebabkan banyak sekolah dan maktab didirikan di China. Maktab – maktab kecil telah dibina di Shanghai, Canton, dan Foochow.Sekolah pelayaran dan membina kapal turut dibina. Biarpun pembaharuan dalam sistem pendidikan telah dilakukan, namun nilai – niai ajaran Confucius tidak diabaikan. Menjelang tahun 1909 – 1910 , terdapat 57 267 buah sekolah di China.

Aspek ketenteraan
 
   Kerajaaan Manchu turut menjalankan pembaharuan dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan sistem pertahanan negara.Kerajaan melantik Yuan Shih – kai untuk melaksanakan pembaharuan dalam bidang ketenteraan. Yuan Shih – Kai mengambil tindakan merombak semula struktur angkatan tentera berdasarkan model angkatan tentera Barat, memperbesarkan dan memodenkan angkatan tentera darat, memperkenalkan senjata moden, dan menubuhkan pasukan tentera kerahan berdasarkan sistem ketenteraan Jerman. Sekolah – sekolah tentera moden ditubuhkan untuk melatih anggota tentera.Kerajaan juga mengkaji pakar – pakar tentera dari Jepun dan Jerman untuk melatih angkatan tentera negara. Pegawai – pegawai tntera dihantar ke luar negara terutamanya Jepun dan Jerman untuk menjalani  latihan. Pada  tahun 1909, seramai 700 pegawai tentera China dihantar ke Jepun untuk menjalani latihan ketenteraan. Pada tahun 1906, Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal ketenteraan. Kementerian Pertahanan telah menrncang untuk menubuhkan Angkatan Tentera Darat Nasional yang mempunyai 36 bahagian.
Aspek Perlembagaan
  
   Selain itu, kerajaan mengambil langkah – langkah bagi memperkenalkan pemerintahan berpelembagaan. Maharani Dowager Tzu Hsi ingin memperkenalkan pemerintahn perlembagaan bagi menyekat penjajahan kuasa asing. Sebuah jawatan kuasa yang terdiri daripada limaorang  anggota di bawah pimpinan Tsai Te ditubuhkan untuk mengkaji perlembagaan negara – negara asing. Anggota jawatankuasa tersebut telah dihantar ke Jepun Britain, Perancis, Belgium, Austria, dan Itali untuk mengkaji perlembagaan negara – negara tersebut.  Pada tahun 1908, kerajaan Manchu meluluskan undang – undang bagi menubuhkan Majlis Perhimpunan Wilayah. Desakan untuk menubuhkan sebuah perlimen dikemukan dalam persidangan tersebut. Hasilnya, sebuah perhimpuanan Nasional yang dianggotai oleh 200 orang ahli telah ditubuhkan.Separuh daripada ahli parlimen Nasional dilantik oleh Majlis Perhimpunan Wilayah. Perhimpunan Nasional telah mengadakan mesyuarat pertama pada 3 Oktober 1910. Pada tahun  1913, hasil desakan Perhimpunanan Nasional, kerajaan Manchu akhirnya menubuhkan sebuah parlimen.

Aspek ekonomi
 
 Di samping itu, kerajaan melaksanakan pembaharuan dalam  bidang ekonomi seperti penubuhan kementerian perdagangan di Peking pada tahun 1903. Kerajaan telah menukarkan nama kementerian tersebut menjadi Kementerian Pertanian , Perindustrian dan Perdagangan. Maktab – maktab teknikal didirikan di wilayah untuk memberi latihan kepada penduduk tempatan dalam bidang perusahaan. Kerajaan memberi galakan kepada pngusaha – pengusaha tempatan menubuhkan kilang – kilang. Antara tahun 1903 hingga 1908, 130 buh kilang didirikan oleh pengusaha tempatan di China.Kerajaan juga menggalakkan penggunaan barangan tempatan. Pada tahun 1905, Yuan Shih- Kai mengadakan satu pameran perindustrian di Tientsin. Sebuah dewan untuk mempromosikan barangan keluaran tempatan telah didirikan di Peking. Bagi melancarkan perdagangan antarabangsa, jawatan Pengawas Perdagangan ditambah. Tugas Pengawas Perdagangan ialah menguruskan soal perdagangan dan menjadi pegawai diplomatik. Atas desakan pihak Barat, sistem pentadbiran kastam diubah mengikut gaya Barat. Kerajaan China melantik orang Barat pertama memegang jawatan sebagai Inspektor Jeneral Kastam. Menjelang tahun 1911, kerajaan telah membina landasan kereta api sepanjang 9600 kilometer.

Aspek sosial
 
   Selanjutnya,kerajaan Manchu juga telah melakukan bebebrapa pembaharuan dalam bidang sosial. Antara pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan Manchu ialah seperti kerajaan menarik balik larangan perkahwinan antara orang Manchu dengan orang China pada tahun 1902. Larangan terhadap amalan menghisap candu dalam kalangan kakitangan kerajaan dan orang awam yang berumur di bawah 60 tahun turut ditarik balik pada tahun 1906. Kerajaan Manchu juga menghapuskan amalan mengikat kaki dalam kalangan wanita Cina.

Aspek pentadbiran

Seterusnya, kerajaan Manchu telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam bidang pentadbiran. Kementerian – kementerian baharu telah ditubuhkan untuk menjalankan pemerintahan secara birokratikdan teratur.Antaranya Kementerian Luar Negeri (1901), Kementerian Polis (1905), Kementerian Angkatan Tentera Darat (19060, dan Kementerian Kewangan (1906).

 Pembaharuan yang telah dilaksanakan adalah untuk menguatkan diri bagi menghadapi ancaman imperialisme Barat. Meskipun pelbagai program dilaksanakan, namun gerakan ini tidak mencapai
matamat sebenar. Kegagalan disebabkan oleh masalah kewangan dan tentangan daripada golongan konservatif, dan ketiadaaan pemimpin yang berwibawa. Kelemahan ini menyebabkan China terdedah kepada ancaman imperialisme Jepun dan kuasa Barat.

Gerakan 4 Mei

Faktor – faktor tercetus gerakan 4 Mei

                Gerakan 4 Mei merujuk kepada demonstrasi yang dilancarkan oelh pelajar – pelajar universiti Peking pada 4 Mei 1919. Gerakan ini merupakan kebangkitan Nasionalisme rakyat Cina terhadap kegiatan imperialisme yang ditekankan ke atas mereka. Gerakan ini merupakan sebahagian daripada gerakan intelektual yang berlaku antara rahun 1917 – 1923. Kemunculan gerakan 4 Mei ini disebabkan oleh perasaan idak puas hati terhadap keputusan Perjanjian Versailles yang memihak kepada Jepun. Matlamat utama gerakan ini adalah menyelamatkan China daripada ancaman kuasa – kuasa asing.

Ketidakstabilan politik
            Selepas kerajaan Manchu Berjaya digulingkan, wujud keadaan politik tidak stabil di China. Perselisihan faham timbul dalam kalangan pemimpin – pemimpin di China menyebabkakn mereka tidak dapat membentuk sebuah kerajaan yang kukuh. Tambahan pula, mereka juga gagal mengatur program – program bagi membangunkan Negara yang mundur. Dalam pada itu, perselisihan faham antara Presiden Yuan Shih Kai dengan Dr. Sun Yat Sen memburukkan keadaan politik di China. Kadaan politik semakin meruuncing apabila muncul zaman kehulubalangan selepas kematian Yuan Shih Kai. Pergolakan politik  menyebabkan rakyat tidak berpuas hati dan hilang kepercayaan terhadap kerajaan.

Kemunculan Golongan Saudagar dan Pekerja
            Semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918), perusahaan besi dan keluli berkembang pesat di China. Pihak Berikat memerlukan bekalan besi dan keluli serta kelengkapan perang.Perkembangna ini menyebabkan permintaan untuk bkalan besi dan keluli mningkat dan muncul golongan saudagar dan pekerja. Golongan saudagar dan pekerja tidak berpuas hati dengan pergolakn politik yang berlaku di China. Keadaan politik yang tidak stabil telah menjejaskan sumber pendapatan saudagar – saudaar dan golongna pekerja. Selain itu, mereka juga tidak berpuas hati dengan amalan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai – pegawai kerajaan. Oleh yang demikian, golongan saudagar dan pekerja melibatkan diri dalm gerkan tersebut demi menjga kepentingan ekonomi mereka.

Perkembangan nelektualisme
            Kebangkitan intelektualisme merupakan salah satu factor yang mendorong tercetusnya gerakan 4 Mei. Antara tahun 1903 hingga 1919, ramai pelajar –pelajar Cina yang menuntut di luar Negara kmbali ke tanah air. Pelajar – pelajar ini menyedari pelbagai kepincangan yang berlakau dalam Negara, Mereka mula mengatur langkah untuk melakukan pembaharuan2 bagi membangunkan Negara mereka. Antara pelajar – pelajar yang mmainkan peranan dalam kebangkitan intlektualisme di China ialah Chen Tu hsiu, Tsai Yuan Pei dan Hu shih. Dalam pada itu, Universiti Peking memainkan peranan sebagai pusat perkembangan intelektual di China. Tenaga pengajar university tersebut memainkan peranan menyebarkan idea baharu kepada pelajar – pelajar. Pelajar – pelajar university yang terpengaruh dalam idea baharu memainkan peranan dalam kebangkitan 4 Mei.

Perkembangan ideology Karl Marx dan Bolshevik
            Ideologi Karl Marx dan Bolshevik turut memainkan peranan dalam perkembngan Gerkan 4 Mei. Ramai pelajar yang menuntu di Universiti Peking terdedah kepada ideology Marxism. Ideologi Marxism berkembng pesat di China selepas kejayaan Revolusi Bolshevik yang tercetus di Rusia pada tahun 1917. Kakitangan Universiti Peking seperti Chen Tu hsiu, Li Ta-chao, dan Mao Tze Tung turut terpengaruh dengan ideology Marxism menubuhkan beberapa buah persatuan untuk meneybarkan ideology tesebut. Antara persatuan tersebut ialah Persatuan Arus Baharu, Persatuan Majalah Rakyat dan Kesatuan Pekerja dan Pelajar.
     
Peristiwa Luar Negeri
            Peristiwa yang berlaku di Negara asing turut memberi inspirasi kepada golongna nasionalis di China. Antra peristiwa penting yang memberi kesan mendalam ialah Revolusi Bolshevik yang berlaku di Rusia pada 1917. Kejayaan Revolusi Bolshevik menggulingkan kerajaan Tsar dan membentuk sebuah kerajaan yang moden menjadi perangsang kepada golongan nasionalis di China. Selain itu, revolusi sosial yang tercetus di Finland, Jerman, Australia dan Hungary turut mempengaruhi pencetusan Gerkan 4 Mai. Peristiwa – peristiwa yang berlaku di luar Negara telah memberi perangsang kepada rakyat China melancarkan Gerkan 4 Mei.

Pengambilan Wilayah Shantung oleh Jepun
          Peristiwa pengambilan wilayah Shantung oleh Jepun pada tahun 1915 merupakan salah satu factor yang menyebabkan tercetus Gerakan 4 Mai. Semasa Perang Dunia Pertama, Jepun bertindak menguasai wilayah Shantung daripada Jerman. Seterusnya, Jepun menempatkan pasukan tenteranya bagi mengukuhkan kedudukan di wilayah tersebut. Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919 memutuskan hak – hak Jerman di wilayah Shantung diserahkan kepada Jepun. Keputusan tersebut mendapat tentangan hebat daripada orang China sama ada di dlaam atau di luar negeri. Dalam pada itu, peljar – pelajar Universiti Peking melancarkan demonstrasi besar – besaran di Peking pada 4 Mei 1919. Mereka menuntut agar hak – hak China di wilayah Shantung dikembalikan. Di samping itu, mereka juga mendesak suopaya wakil – wakil kerajaan China tidak menandatangani Perjanjian Versailles.

Tuntutan 21 Perkara
          Faktor seterusnya yang menyebabkan tercetus Gerakan 4 Mei adalah tuntutan 21 perkara yang dikemukan oleh Jepun. Pada 18 Januari 1915, Jepun telah mengemukakan tuntutan tersebut dalam lima kumpulan kepada China. Antara perkara – perkara yang terkandung dalam tuntutan tersebut ialah China tidak menyerahkan atau memajak mana – mana wilayahnya kepada kuasa ketiga, China dikehendaki melantik penasihat – penasihat Jepun dlambidang kewangan , ketenteraan dan pasukan polis sreta China harus menerima keputusan yang dicapai oleh Jepun dengan Jerman berhubungbdengan hak – hak Jerman di wilayah Shantung. Setelah mengadakan rundingan, kerjaan China terpaksa menerima tuntutan2 tersebut selepas melakukan beberapa pindaan. Namun demikian, golongan pelajar menolak tuntutan – tuntuatn berkenaan dan menganggap ia sebagai satu penghinaan kepada Negara. Justeru itu, golongan pelajar menuntut agar kerajaan China menolak sma sekali 21 tuntutan berkenaan. Mereka mendesak agar kerajaan China menjatuhkan hukuman terhadap 3 ahli politik proJepun yang bertanggungjawab bagi penerimaan tuntutan – tuntutan oleh China.

Kesan – kesan Gerakn 4 Mei

Mempertahankan kedaulatan Negara
    Gerakan 4 Mei yang dilancarkan oleh golongan pelajar memperthankan kedaulatan China drpd pencerobohan kuasa asing. Ekoran daripada tekanan yang diberikan oleh golongna pelajar, kerjaan China membuat keputusan untuk menolak Perjanjian Versailles. Pada masa yang sama, ahli – ahli politik yang bertanggungjawab bagi penerimaan 21 tuntutan Jepun dipaksa meletakkan jawtan. Jepun bersetuju untuk menarik diri dr wilayah Shantungdalam Persidangan Washington 1921 – 1922.

Melahirkan semangat Kebangsaan
-dlm kalangan rakyat China – Golongan pelajar muncul sbg pejuang bg mempertahankan kepentingan dan kedaulatan Negara. Golongan pelajar mengadakan demonstrasi dan memulaukan barang – barang buatan Jepun. Demonstrasi dan pemogokan yang dilancarkan oleh gologan pelajar mendapt sambutan di selluruh Negara. Pekerja – pekerja mengadakan demonstrasi secara besar – besaran di Peking, Shanghai Hankow dan Tientsin. Pemulauan barang – baranng buatan Jepun melahirkan perasaan dalam kalanganm rakyat China.

Melemahkan kedudukan Hulubalang-hulubalang
-kedudukan hulubalang menjadi semakin lemah – malah gol pelajar menyalahkan gol hulubalang krn gagal mempertahankan kepentingan China dalm Perjnjian Versailles. Kabinet juga terpaksa dibubarkan ekoran desakn org ramai

Mengukuhkan kedudukan Kuomintang
-Rakyat memberikan sokongan kpd Kuomintang yang berjuang untuk menyatukan China. Malah gerkan 4 Mei membrikan dorongan kpd Dr Sun Yat Sen utk mengukuhkan kuasa di China. Kuomintang juga Berjaya membentuk kerajaan baharu di Nanking pada tahun 1928.

Kemunculan Gerakan Kebudayaan Baharu
Gerakn 4 Mei meletakkan asas kpd kemunculan- surat khabar dan majalah memiankan peranan dalam pembinaan masy China yang Baru. ANtara majalah penting ialah Aliran Baharu, Pembidas Mingguan dan Pemuda Baharu. Golongan intelektual spt Chen Tu-hsiu mengkritik masy. Tradisional China yang berteraskan ajaran Confucius. Gol ini menyokong pembinaan Negara bangsa moden berteraskan sains dan idea2 Barat.

Perkembangan Fahaman Komunis

Meletakkan asas- Fahamn komunis mula bertapak dan mempengaruhi pelajar – pelajar dari pada Universiti Peking. Perkembangan fahaman komunis dalam kalangan pelajar terserlah apabila Pertubuhan Pengajian Marxism telah ditubuhkan Univversiti Peking oleh Li ta Chao pada tahun 1918. Kebanyakkan daripada anggota pertubuhan terdiri drpada pelajar – pelajar Universiti Peking. Pelajar2 Uni. Peking spt Li Ta Chao, Chang Kuo Tao, Mao Tse tung dan Chen Tu hsiu memainkan peranan dalam perkembangan fahaman komunis. Fahaman komunis bertapak kukuh apapbila Parti Komunis China ditubuhkan oleh Chen TU Hsiu dan Li ta Chao pada tahun 1921.